Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sambutan hangat bagi peminat rasakan sendiri 'permusuhan' United-Liverpool Masters

Oct 27, 2015 | 06:49 PM



PERMUSUHANNYA wujud sejak Oktober 1895 atau 120 tahun lalu.


Namun, pada 14 November ini, peminat setempat berpeluang merasakan sendiri 'bahang' saingan sengit itu di samping mengembalikan nostalgia manis yang lama apabila skuad veteran Manchester United Masters turun menentang Liverpool Masters dalam pertarungan 'The Castlewood Group Battle of the Reds 2015' di Stadium Negara.


Peminat United khususnya bekas bintang pasukan itu seperti Lee Sharpe, Keith Gillespie, Jesper Blomqvist, Karel Poborskly dan Louis Saha tentunya ghairah menantikan barisan pemain ini beraksi menentang legenda Liverpool yang antaranya termasuk Robbie Fowler, Steve McManaman, Luis Garcia, Dietmar Hamann, Patrik Berger dan Vladimir Smicer.


Dalam satu kenyataannya kepada media petang tadi (27 Oktober), pihak penganjur juga mengesahkan penyertaan bekas bintang sayap dari Russia, Andrei Kanchelskis, yang membuat 123 penampilan bagi United semasa menyarungi jersi 'The Red Devils' antara 1991-1995 dalam rombongan United Masters yang akan berada di sini bagi perlawanan itu.


Dengan stadium ikonik yang terletak di Hab Sukan Singapura ini dijangka 'diubah suai' bagi menempatkan 28,000 penyokong bagi pertarungan itu, pihak penganjur mengatakan tidak banyak lagi tiket yang tinggal bagi menyaksikan pertarungan itu.


Tiket-tiket boleh dibeli di www.mastersfootball.com atau SportsHubTix.


Terdapat juga pakej tiket bagi keluarga merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


Pertarungan ini dibawa di sini oleh Masters Football Asia dan Castlewood Group.


Dalam acara anjurannya tahun lalu, pasukan Liverpool Masters menewaskan Veteran Pilihan Singapura 3-1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >