Sambutan wira bagi Fandi dan LionsXII daripada lebih 2,000 penyokong

FANDI Ahmad serta pasukan juaranya, LionsXII, mendapat sambutan wira daripada lebih 2,000 penyokong yang menyambut ketibaan mereka di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi petang tadi (24 Mei).

Kepulangan Fandi dan anak didiknya turut membawa pulang mahkota Piala FA Malaysia yang dimenangi mereka selepas kemenangan ke atas Kelantan dalam final di Stadium Bukit Jalil malam kelmarin.

"Dah lama saya tidak merasakan suasana seperti ini," kata seorang peminat, Daud Ismail, 58 tahun.

"Ini mengingatkan saya semula mengenai kehebatan zaman Piala Malaysia dulu. Syabas kepada Fandi dan anak didiknya yang mengembalikan suasana macam Piala Malaysia ini semula kepada kami para peminat," tambah peminat dari Bedok itu yang menunggu ketibaan LionsXII sejak 4 petang semalam.

Turut melahirkan rasa kagum dengan sambutan para peminat semalam ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Zainudin Nordin.

"Tak sangka juga melihat ramainya yang datang untuk menyambut pasukan kita. Inilah keindahan sukan bola sepak ini yang dapat menyatukan masyarakat kita yang sama-sama memberi sokongan kepada para pemain.

"Saya berharap melihat momentum sokongan itu akan terus diberikan pula kepada pasukan bola sepak kita yang akan beraksi di Sukan SEA nanti," ujar Encik Zainudin.

Turut menyambut Fandi dan LionsXII semalam termasuk Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong; dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.