KAZAN (Russia): Bintang Arsenal, Alexis Sanchez, menjadi penjaring gol terbanyak Chile selepas gol beliau membantu pasukan negaranya seri 1-1 dengan Jerman dalam perlawanan Piala Konfederasi di sini dinihari semalam.
Sanchez, yang turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, memastikan namanya terpahat dalam buku sejarah bola sepak negaranya apabila beliau memanfaatkan kesilapan awal benteng pertahanan Jerman.