LONDON: Alexis Sanchez kelmarin berkata beliau "begitu ghairah sekali dapat menyertai kelab bola sepak terbesar dunia" menyusuli pemindahannya ke Manchester United dari Arsenal.
Persetujuan yang dicapai antara kededua kelab itu turut menyaksikan bintang midfield United, Henrikh Mkhitaryan - yang gagal mendapat tempat secara tetap dalam skuad United di bawah pimpinan Jose Mourinho sejak 18 bulan lalu - berpindah ke Stadium Emirates.