SASARAN 10 gol dalam kempen Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini boleh dianggap matlamat yang sederhana bagi seorang pemain penyerang.
Namun, selepas menyumbangkan lima gol musim lalu, jumlah 10 gol itu adalah satu sasaran wajar bagi penyerang muda Courts Young Lions (CYL), Iqbal Hussain, dalam membantu perjuangan pasukannya musim ini.