ROME: Gol jaringan Dani Alves dan Leonardo Bonucci membantu Juventus - yang mengejar tiga trofi musim ini - mencatat rekod kejuaraan Piala Italy buat musim ketiga berturut-turut dengan kemenangan 2-0 ke atas Lazio di Stadio Olimpico dinihari semalam.
Juventus, yang mencatatkan kejuaraan berganda liga dan Piala Italy sejak dua musim lalu, berpeluang memenangi mahkota Serie A keenam berturut-turutnya jika mememanangi perlawanan di padang sendiri menentang Crotone pada Ahad ini.