LONDON: Satu piala sahaja tidak mencukupi bagi pasukannya, kata pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini, selepas anak didiknya menewaskan Sunderland 3-1 dalam final Piala Liga di Stadium Wembley.
Walaupun ketinggalan satu gol hasil jaringan Fabio Borini di awal permainan, Yaya Toure dan Samir Nasri serta Jesus Navas menjaringkan tiga gol hebat.