Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Saya tidak takut untuk bersara: Nadal

Jan 02, 2024 | 11:56 AM



BRISBANE: Rafael Nadal berkata beliau tidak takut untuk bersara.


Namun, hakikatnya, walaupun pada usia 37 tahun, beliau hanya menganggap tenis dan pertandingan terlalu menyeronokkan.

Sudah kira-kira 350 hari sejak Nadal memulakan tempoh pemulihan terkininya selepas keluar dari gelanggang Arena Rod Laver di Terbuka Australia berjalan terincut-incut dengan kecederaan pinggul, yang pada akhirnya memerlukan pembedahan.

Juara Grand Slam 22 kali itu jarang membuat ramalan, tetapi tampak ada semangat dalam langkahnya apabila beliau kembali menyertai jelajah di Brisbane.

Kejohanan di bulan awal musim belum lagi menunjukkan kesannya, namun Nadal berharap dapat berada dalam kedudukan untuk bersaing merebut gelaran gelanggang tanah liat pada musim bunga di Eropah.

“Walaupun saya tahu bahawa segalanya hampir mustahil setelah semua perkara yang saya telah lalui, usia saya dan semua perkara yang badan saya alami – jika dalam diri saya tiada perasaan dan motivasi atau harapan yang saya boleh terus berjuang untuk sesuatu yang benar-benar mendorong saya, mungkin saya tidak membuat persiapan musim seperti yang saya telah lakukan,” kata warga Sepanyol itu kepada BBC Sport sebelum kejohanan Antarabangsa Brisbane.


“Saya cuba meletakkan diri saya dalam kedudukan bahawa dalam masa beberapa bulan mendatang, saya akan bersedia bersaing untuk perkara yang saya ingin tandingi,” kongsinya.

Senario impian untuk Nadal adalah melanjutkan rekod kemenangannya yang ke-15 dalam Terbuka Perancis.

Musim ini mungkin disebut sebagai jelajah perpisahan, tetapi pastinya tiada siapa menjangka Nadal akan tampil dalam gelanggang, hanya untuk berjabat tangan dan menyampaikan beberapa ucapan terima kasih dan penghargaan.

Beliau berharap dapat beraksi dalam jadual penuh dan sekiranya beliau dapat membina rentak dalam kejohanan di Australia, Timur Tengah dan Indian Wells, pemain Sepanyol itu memiliki cita-cita tinggi untuk pertandingan di gelanggang tanah liat.

Tanda-tanda sementara buat masa ini amat memberangsangkan.

Nadal sedang berlatih dengan baik, pinggulnya telah pulih dan walaupun keadaan degeneratif yang menjejas kaki kirinya akan sentiasa menimbulkan kebimbangan serius, beliau kelihatan teruja untuk 2024.

“Masalah kaki berterusan selama-selamanya,” ujar beliau.

“Tetapi, sekiranya saya harus berterus terang, saya rasa baik hari ini. Saya tidak mempunyai banyak masalah. Saya dapat berlatih dan menikmati setiap latihan, dan itu perkara utama untuk saya melebihi menang atau kalah.

“Apa yang membuatkan saya berasa takut dan memikirkan tentang persaraan, adalah semua masalah (kecederaan) yang saya hadapi setiap hari,” tambah beliau.

Nadal telah berlatih dengan Andy Murray dan pemain nombor lapan dunia, Holger Rune, serta lawan pusingan pertamanya pada 2 Januari, Dominic Thiem, sejak tiba di Brisbane.

Mengulas mengenai persaraannya, Nadal berkata beliau bersedia menerimanya.

“Saya bukan pemain yang hidup hanya untuk tenis,” kata beliau.

“Saya rasa itu banyak membantu. Saya mempunyai banyak perkara di luar tenis yang menggembirakan saya.

“Saya mempunyai banyak projek yang akan membuatkan saya aktif, dan akan mendorong saya untuk meneroka perkara berbeza.

“Tetapi, sudah tentu, apabila anda mengubah sesuatu dalam hidup anda – apa sahaja – ia adalah proses yang anda perlu sesuaikan diri.

“Perkara tidak mudah apabila anda berhenti melakukan perkara yang telah anda lakukan hampir sepanjang hidup anda. Tetapi saya tidak takut dengannya,” jelas Nadal. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >