Schooling hanya di tangga ketujuh final 50m kupu-kupu di Kejohanan Dunia

JAGUH renang negara, Joseph Schooling, terpaksa menunggu lebih lama bagi pingat pertamanya di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Kazan, Russia, selepas menduduki tempat ketujuh dalam final perlumbaan 50 meter kuak kupu-kupu yang berakhir sebentar tadi (3 Ogos).

Perenang berusia 20 tahun itu bagaimanapun berjaya memperbaiki rekod Asia baru yang diciptanya di separuh akhir apabila menamatkan perlumbaan di final tadi dengan masa 23.25 saat.

Semalam, Schooling memecahkan rekod Asia dengan kepantasan 23.27 saat semasa berlumba di pusingan separuh akhir - mengatasi rekod lama 23.37 saat yang dicipta perenang China, Yu Hexin, pada April lalu.

Pingat emas acara itu dimenang bintang Perancis, Florent Manaudou, yang mencatatkan masa 22.97 saat manakala Nicholas Santos dari Brazil menang perak (23.09 saat) dan peserta Hungary, Laszlo Cseh, terpaksa berpuas hati dengan gangsa (23.15 saat).

Kejayaan tampil di final itu sahaja boleh dianggap satu pencapaian baik bagi Schooling, pemenang sembilan pingat emas di Sukan SEA Singapura yang lalu, yang mengulangi pencapaian legenda Ang Peng Siong yang beraksi dalam final 50 meter gaya bebas di Kejohanan Dunia 1986.

Schooling akan beraksi dalam dua lagi acara - 200 meter kuak kupu-kupu dan acara kegemarannya di mana beliau berpeluang bersaing bagi pingat iaitu 100 meter kuak kupu-kupu.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.