Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK RIO: MERAIKAN KEMENANGAN

Schooling lawat sekolah rendahnya bagi beri inspirasi

Aug 17, 2016 | 05:30 AM



LEBIH 24 jam selepas pulang ke Singapura, juara renang Olimpik Joseph Schooling masih belum mampu tidur sepuas-puasnya.



Semalam, Schooling, 21 tahun, sekali lagi bangkit awal bagi melakukan lawatan ke sekolah rendahnya, Sekolah Anglo-Chinese (Junior), di Windstedt Road, menurut akhbar The Straits Times.



Beliau belajar di sekolah tersebut pada 2002 hingga 2007 - semasa ia masih berada di Peck Hay Road - sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) selama dua tahun.



Pada 2009, Schooling berpindah ke Sekolah Bolles di Florida, Amerika Syarikat, ketika berusia 14 tahun.



Kehadirannya di sekolah rendah itu disambut meriah oleh warga sekolah, dengan sebahagian daripada murid menantikan kedatangan jaguh mereka seawal 7 pagi.



Beberapa warga sekolah daripada keluarga ACS yang lain juga hadir memberi sokongan.



Schooling tiba sekitar 8 pagi dan disambut mesra oleh mantan gurunya, sebelum menyertai program pagi dengan murid di dewan perhimpunan.



Menjawab soalan seorang murid yang bertanya tentang latihan paling sukar yang pernah dijalaninya di sekolah itu, Schooling berkata:



"Kami perlu melakukan 30 set gaya kupu-kupu 100 meter, tetapi saya hanya mampu melakukan 20 set... saya gagal.



"Saya lebih banyak gagal daripada berjaya," ujarnya dengan rendah hati.



Bercakap kepada media selepas acara tersebut, Schooling melahirkan harapan agar pencapaiannya itu dapat menjadi inspirasi kepada generasi mendatang.



Schooling tiba di Singapura kelmarin dari Rio de Janeiro, di mana beliau telah mencipta sejarah sebagai juara Olimpik pertama dari Singapura.



Beliau memenangi pingat emas acara 100 meter gaya kupu-kupu dalam masa 50.39 saat, menewaskan pemegang rekod dunia Michael Phelps dari Amerika dan juara dunia bertahan, Chad le Clos, dari Afrika Selatan.



Schooling bersama ibu dan bapanya turut diundang menghadiri Parlimen, di mana beliau menerima ucap tahniah rasmi daripada pemerintah Singapura, kemuncak hari pertamanya di Singapura yang menyaksikan beliau disambut oleh ratusan peminat di Lapangan Terbang Changi.



Kementerian Pertahanan (Mindef) turut mengumumkan keputusan membenarkan Schooling menangguh sekali lagi tarikh permulaan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masanya. Beliau diizin meneruskan latihan sehingga Sukan Olimpik 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >