Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Schooling menang pingat bersejarah Singapura di Kejohanan Dunia

Aug 08, 2015 | 11:53 PM



'LEDAKAN' pingat bersejarah yang dinanti-nantikan dari jaguh renang negara, Joseph Schooling, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-50 menjadi kenyataan sebentar tadi (8 Ogos).


Beraksi beribu batu jauh daripada tanah air yang sibuk dengan perayaan jubli emasnya esok, Schooling, yang dinobatkan sebagai Olahragawan Negara hanya pada Rabu lalu, memenangi pingat gangsa dalam final 100 meter kuak kupu-kupu - acara kegemarannya - di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Kazan, Russia, sebentar tadi (8 Ogos).


Pingat itu adalah yang pertama daripada atlit Singapura di peringkat tinggi itu - mengatasi pencapaian 29 tahun lalu apabila legenda renang, Ang Peng Siong, menduduki tempat keempat dalam final 50 meter gaya bebas di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Madrid, Sepanyol.


Masa catatan Schooling - 50.96 saat - ini adalah rekod baru Asia. Ini juga lebih pantas daripada rekod peribadi terbaiknya yang diciptanya semasa memenangi pingat perak di Sukan Komanwel tahun lalu ketika mencatatkan kepantasan 51.65 di peringkat kelayakan kelmarin.


Pingat emas final 100 meter kuak kupu-kupu ini dimenangi bintang Afrika Selatan, Chad le Clos, dengan catatan masa 50.56 saat manakala pingat perak dimenangi perenang Hungary, Laszlo Cseh.


Sebelum ini, Schooling mencatatkan prestasi membanggakan apabila tampil di tempat ketujuh perlumbaan 50 meter kuak kupu-kupu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >