Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sejarah presiden Fifa

Feb 25, 2016 | 04:17 PM



LONDON: Kurang lapan bulan selepas mengadakan kongres tahun lalu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengadakan kongres kedua hari ini bagi melantik presiden baru.


Hanya dua lelaki pernah menyandang jawatan ini sejak 1974, tetapi lima calon kini bersaing bagi merebut 207 undi daripada 209 anggota Fifa. Dua persatuan bola sepak tidak mengundi selepas digantung kerana kesalahan rasuah.


Berikut rumusan sejarah presiden Fifa.


Paris, 1904: Tujuh anggota perintis - Belgium, Denmark, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland - melantik warga Perancis, Robert Guerin, sebagai presiden pertama.


Berne, 1906: Daniel Burley menjadi warga Inggeris pertama memimpin Fifa. Warga Belanda, Carl Anton Hirschmann, mengambil alih jawatan sebagai presiden sementara selepas Burley meninggal dunia pada 1918.


Antwerp, 1920: Jules Rimet dilantik menjadi presiden pada 1921, melalui undi yang dibuang menerusi pos. Rimet membantu melahirkan Piala Dunia dan menyandang jawatan selama 33 tahun.


Berne, 1954: Rodolphe Seeldrayers dari Belgium meninggal dunia setahun selepas menggantikan Rimet. Warga Switzerland, Ernst Thommen, dilantik presiden sementara.


Lisbon, 1956: Arthur Drewry dari England menyandang jawatan sehingga beliau meninggal dunia pada 1961.


London, 1961: Warga Inggeris, Stanley Rous, dilantik presiden di kongres luar biasa.


Frankfurt, 1974: Joao Havelange menjadi presiden bukan warga Eropah pertama. Beliau menewaskan Rous dalam pilihan raya selepas menjanjikan dana dan tempat di Piala Dunia bagi negara Asia dan Afrika. Beliau meneruskan khidmat bagi lima penggal tanpa ditentang, sehingga bersara pada 1998.


Paris, 1998: Setiausaha Agung FIFA, Sepp Blatter, menewaskan presiden Uefa, Lennar Johansson, dalam pilihan raya dan menjadi presiden.


Seoul, 2002: Blatter menewaskan Issa Hayatou dari Cameroon di pilihan raya, walau beliau dituduh menyalah guna dana.


Zurich, 2007: Blatter dilantik semula tanpa tentangan.


Zurich, 2011: Blatter ditentang presiden AFC Mohamed Hammam dari Qatar. Namun Hammam didapat bersalah 'membeli undi' seminggu sebelum pilihan raya, membuka laluan bagi Blatter dilantik semula tanpa tentangan.


Zurich, 2015: Penguasa Amerika Syarikat dan Switzerland menangkap sekumpulan pegawai bola sepak dua hari sebelum kongres Fifa.


Blatter menewaskan Putera Ali AL Hussein dari Jordan di pilihan raya, menjamin penggal kelima sebagai presiden.


Namun beliau meletak jawatan selang empat hari dan Disember lalu digantung lapan tahun daripada bola sepak atas kesalahan etika. Hayatou, kini naib presiden kanan Fifa, mengambil alih sebagai presiden sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >