Perlawanan City, United dibatal sebelum dimulakan
BEIJING: Perlawanan penting pramusim antara dua kelab Manchester yang akan meletakkan pengurus baru City, Pep Guardiola, berdepan dengan pengurus baru United, Jose Mourinho, tidak menjadi kenyataan apabila ia dibatalkan beberapa jam sebelum perlawanan dimulakan semalam gara-gara cuaca buruk.