Wenger lega, Arsenal atasi AC Milan
PARIS: Arsenal mencatatkan kemenangan menyakinkan 2-0 ke atas kelab terkemuka Italy, AC Milan, dalam saingan Liga Europa dinihari semalam, yang memberikan sedikit kelegaan buat pengurusnya Arsene Wenger selepas pasukan Liga Perdana England itu terumbang-ambing dengan kekalahan demi kekalahan sebelum ini.