PELUANG mereka diturunkan beraksi di Stadium Negara mungkin belum dapat dipastikan, tetapi kehadiran dua pemain berbakat muda ini - Irfan Fandi dan Muhd Shawal Anuar - dalam skuad Singa bagi pertarungan Cabaran Causeway menentang Malaysia malam esok boleh dianggap satu pencapaian membanggakan.
Sekalipun pada usia 19 tahun - dua tahun 'lewat' jika dibandingkan semasa bapanya, ikon bola sepak negara Fandi Ahmad mula menyarungi jersi negara - Irfan tetap ghairah dan bersyukur mendapat undangan jurulatih nasional V. Sundramoorthy.