MANCHESTER: Masa depannya di Old Trafford masih menjadi tanda tanya, tetapi satu perkara pasti - Radamel Falcao akan tetap menyarung jersi pasukan utama dunia musim depan, kata ejen pemain itu.
Pemain dari Colombia itu berpindah dari kelab Perancis AS Monaco ke United dengan harga pinjaman £6 juta (sekitar $12 juta), tetapi beliau baru menjaringkan tiga gol sepanjang musim.