MEMBUKA tirai kejohanan Piala Suzuki AFF malam ini, jurulatih skuad bola sepak nasional, V. Sundramoorthy, percaya semangat berpasukan Singa boleh memberikan mereka kelebihan dalam usaha mendapatkan keputusan positif apabila menentang pasukan tuan rumah, Filipina.
Dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri serta kedudukannya sebagai negara terbaik bola sepak di rantau Asia Tenggara - Filipina di tangga ke-124 dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) - pasukan hos akan turun padang sebagai pasukan pilihan.