JIKA beliau berasa tertekan dek jangkaan ramai, juara dunia silat Muhammad Shakir Juanda mungkin bijak menyembunyikan perasaan itu.
Kurang empat bulan sebelum beliau memasuki gelanggang untuk mempertahankan gelaran juara dunia yang dimenanginya dua tahun lalu, Shakir, 25 tahun, tampak tenang apabila ditemui selepas sesi latihan baru-baru ini.