DRAMA yang tercetus sejurus permulaan perlumbaan, juara yang popular lagi 'bertuah' dan jumlah rekod penonton - segala ini, di samping 'ledakan' di luar litar dengan pertunjukan barisan artis selebriti - menjadikan Grand Prix Singapura Singapore Airlines, yang menyambutkan ulang tahun ke-10 hujung minggu lalu, satu 'perhentian' penuh ikonik dalam kalendar Formula Satu (F1) dunia.
Tidak hairanlah kontrak perlumbaan di Litar Jalan Raya Marina Bay itu - satu-satunya perlumbaan malam sejak ia diperkenal pada 2008 - itu dilanjutkan bangi empat tahun lagi, yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan S. Iswaran Jumaat lalu.