Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Senarai akhir 166 atlit bagi wakili Singapura di Sukan Para Asean diumumkan

Sep 25, 2015 | 08:42 PM



SERAMAI 166 atlit kurang upaya akan mewakili Singapura apabila negara ini menjadi tuan rumah Sukan Para Asean buat julung-julung kalinya pada 3-9 Disember ini.


Buat pertama kalinya, Singapura akan mengambil bahagian dalam kesemua 15 cabang sukan yang akan dipertandingkan di edisi kelapan temasya sukan ini - berbanding hanya lima cabang sukan di temasya lalu yang dihoskan Myanmar.


Senarai muktamad seramai 166 atlit itu diumumkan oleh Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) dalam satu kenyataannya petang tadi (25 September).


Jumlah atlit itu menjadikan kontinjen negara yang terbesar pernah ditampilkan dalam temasya sukan ini. Tenis meja dengan 21 atlit serta atletik yang mengemukakan 19 atlit adalah antara dua pasukan terbesar Team Singapore dengan sehingga 60 peratus peserta juga merupakan mereka yang bakal tampil buat pertama kali di Sukan Para Asean ini.


"Atlit-atlit kami telah berlatih dengan gigih sejak beberapa bulan lalu. Saya sendiri telah menyaksikan mereka berlatih dan yakin bahawa mereka akan memberikan segala-galanya untuk Singapura," ujar Naib Presiden SNPC, Dr Mark Hon.


"Temasya Sukan Para Asean Kelapan ini adalah kemuncak yang tepat bagi meraikan perayaan Jubli Emas negara dan saya yakin penganjurannya dapat meningkatkan lagi profil sukan kurang upaya serta para atlit kami. Kami mengalu-alukan sokongan padu warga setempat sebagai 'One Team Singapore'," tambahnya lagi.


Kontinjen Singapura itu akan diketuai oleh Encik Raja Singh yang dilantik chef-de-mission bagi Sukan Para Asean ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >