Senarai kecederaan bertambah

Nazri Hadi Saparin

PEMAIN tengah, Raihan Abdul Rahman, menjadi mangsa terkini terlantar di meja rawatan selepas cedera dalam perlawanan persahabatan SingaXII menentang Persib Solo, di Yogyakarta, Sabtu lalu.

Penyerang, Khairul Amir, juga cedera dan terbatas kepada latihan ringan di kota Jawa itu.

"Saya sebenarnya sudah digantikan tetapi kerana kami tidak cukup pemain, saya masuk semula ke padang," cerita Raihan, 22 tahun, yang terpaksa melihat teman-temannya berlatih dari sisi padang.

SingaXII bermain menentang PPSM Malegang esok sebelum bertemu PSS Sleman pada Jumaat ini sebagai mengakhiri latihan pramusim di Indonesia.

SingaXII dijadualkan kembali ke tanahair keesokannya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.