FANDI Ahmad dan LionsXII pulang ke Singapura dari Maldives Sabtu ini dengan perasaan yang bercampur-baur.
Walau gembira dengan prestasi anak didiknya di pertandingan persahabatan empat penjuru Piala Bola Sepak Undangan Presiden Maldives (Pomis), Fandi mengeluh kerana senarai pemainnya yang cedera telah bertambah, hanya 10 hari sebelum ia membuka tirai musim Liga Super Malaysia.