PELUANG melihat sukan kampung sepak takraw berkembang dan mekar di Eropah dan satu hari nanti disertakan sebagai satu acara dalam Sukan Olimpik, kelihatan cerah apabila Perancis berjaya menganjurkan Kejohanan Eropah Ke-11 dan Kejohanan Antarabangsa yang turut disertai negara-negara gergasi dan terkuat dari Asia.
Harapan itu didedah dan dikongsi oleh Setiausaha Agung merangkap Pengarah Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader, sekembalinya beliau dari Perancis baru-baru ini.