Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Sepanyol, Australia dan Cameroon 'keluar baris'

Jun 19, 2014 | 02:53 PM



NIAT juara Piala Dunia 2010, Sepanyol ingin mempertahankan kejuaraan mereka terbantut setelah tewas buat kali kedua berturut-turut.


Dalam perlawanan bermula awal pagi tadi waktu Singapura, Sepanyol tewas 0-2 di tangan Chile dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Maracana, sekaligus memadamkan impian mereka untuk melangkah ke pusingan ke-2 - apalagi untuk mempertahankan kejuaraan.


Gol Chile dijaringkan oleh Eduardo Vargas pada minit ke-20 dan Charles Aránguiz pada minit ke-43.


Dua pasukan lain, Australia, Cameroon, turut terbantut dalam perjalanan meraih kemenangan dalam kejohanan Piala Dunia selepas tersungkur dalam perlawanan kumpulan masing-masing.


Australia tumpas 2-3 di tangan Belanda meskipun menunjukkan permainan yang baik dan pada satu ketika mendahului perlawanan sebelum impian mereka dipunahkan Belanda.


Perlawanan Kumpulan B ini berlangsung di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre, pada tengah malam waktu Singapura.


Gol Belanda dijaringkan oleh Arjen Robben pada minit ke-20, Robin van Persie (minit ke-58) dan Memphis Depay (minit ke-68) manakala gol Australia dijaringkan oleh Tim Cahill (minit ke-21) dan Mile Jedinak menerusi tendangan penalti pada minit ke-54.


Dalam pada itu, Cameroon tewas di tangan Croatia 0-4 dalam perlawanan yang berakhir sebentar tadi.


Croatia mendahului Cameroon 1-0 selepas tamat separuh masa pertama hasil jaringan Ivica Olic sebelum membenamkan pasukan itu 4-0 dalam saingan Kumpulan A di Arena da Amazonia di Manaus.


Lebih memeritkan, pemain Cameroon, Alex Song dilayangkan kad merah pada minit ke-40 kerana mengasari Mario Mandzukic.


 


Ikuti sedutan ketiga-tiga perlawanan ini:


Belanda atasi Australia (3-2)


Sepanyol ditewaskan Chile (0-2)


Croatia atasi Cameroon (4-0)





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >