Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Serang pengadil boleh ‘bunuh’ sukan bola sepak

Dec 13, 2023 | 11:40 AM



LONDON: Serangan ke atas pengadil dalam liga Turkey ibarat ‘barah’ yang boleh menjejas permainan dan membunuh bola sepak sekiranya tindakan tidak diambil, kata pengerusi jawatankuasa pengadil Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Pierluigi Collina.


Beliau berkata demikian susulan serangan terhadap pengadil, Halil Umut Meler dalam perlawanan pada 12 Disember antara MKE Ankaragucu dengan Caykur Rizespor, yang menyaksikan keputusan seri 1-1.

Selepas wisel penamat, presiden kelab MKE Ankaragucu, Faruk Koca, menumbuk Halil di bahagian muka.

Koca telah diberkas berikutan kejadian itu dan telah meletak jawatan sebagai presiden kelab, MKE Ankaragucu.

Semua perlawanan bola sepak liga utama Turkey Super Lig telah digantung ekoran kejadian tersebut.


Collina, bekas pengadil asal Italy, menjelaskan:

“Lebih dahsyat apabila mengetahui bahawa terdapat ribuan pengadil di seluruh dunia yang didera secara lisan dan fizikal dalam liga peringkat rendah di seluruh dunia.

“Mereka tidak dikenali dan sebahagian besar daripada mereka merupakan pengadil muda pada awal kerjaya mereka.

“Pengadil tidak boleh dipukul kerana keputusan yang mereka ambil, walaupun ia salah. Kereta mereka tidak boleh dibom atau dibakar kerana sepakan penalti.

“Malangnya, pengeboman kereta dan kereta dibakar adalah sesuatu yang berlaku di beberapa negara, dan selalu berlaku.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang menggemari bola sepak untuk bertindak dan lakukan sesuatu. Sebelum terlambat, sebelum ‘barah’ ini membunuh bola sepak.”

Pegawai Turkey telah menjanjikan hukuman berat bagi mereka yang terlibat tetapi perkara itu telah mencetuskan perdebatan di Turkey mengenai apa yang disebut oleh Koca sendiri sebagai “budaya keganasan” dalam sukan itu.

Ketua eksekutif, Ref Support UK, Martin Cassidy, percaya sikap terhadap pegawai perlawanan “mesti berubah serta-merta” atau serangan ke atas pengadil tertinggi di Britain boleh dijangkakan.

“Saya menerima laporan kejadian serupa atau lebih teruk daripada ini pada setiap minggu dalam musim ini.

“Satu-satunya perbezaan di sini ialah terdapat lebih banyak kamera yang merakam kejadian ini dan ia disiarkan secara langsung di televisyen nasional,” katanya.

Beliau menukil contoh pengadil berusia 14 tahun yang menghubunginya bagi meminta sokongan dan nasihat selepas dia meninggalkan perlawanan kerana menerima ancaman daripada golongan dewasa.

Persatuan Bola Sepak England sedang meneroka kaedah bagi mengurangkan penderaan terhadap pegawai perlawanan – percubaan untuk pengadil memakai kamera badan akan dilanjutkan ke seluruh bola sepak di peringkat akar umbi pada 2024. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >