Serang rakan sepasukan: Jaguh berbasikal negara Vincent Ang digantung tiga bulan

ANGGOTA lumba berbasikal nasional, Vincent Ang, dikenakan hukuman gantung tiga bulan kerana menyerang rakan sepasukan dalam insiden yang berlaku bulan lalu.

Vincent, yang memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Ke-28 Singapura pada Jun lalu, telah pun mengaku menampar dan menumbuk rakan sepasukan nasional, Ang Kee Meng, bulan lalu semasa satu sesi latihan di Lim Chu Kang Road,.

Atlit berusia 38 tahun itu kemudian mengulangi tindakan ganasnya itu di Pusat Makanan Adam Road semasa para pelumba itu berehat pada hari yang sama.

Ang telah pun membuat laporan polis di atas insiden itu dengan Persekutuan Lumba Basikal Singapura (SCF) turut menyiasat kejadian yang berlaku pada 19 Julai lalu.

SCF, yang telah pun berjumpa dengan Vincent dua kali sejak insiden itu, semalam menyifatkannya sebagai "kes salah laku" dan mengantung Vimcent daripada mewakili negara selama tiga bulan bermula 4 Ogos.

Badan penguasa setempat sukan itu menambah bahawa "tahap ketertiban yang lebih tinggi" dijangkakan daripada atlit-atlit negara" dan ia tidak boleh memandang ringan perbuatan ganas yang dilakukan pelumba itu.

"Vincent secara berasingan juga telah bersetuju untuk menjalani kerja-kerja kemasyarakatan selama 30 jam bagi membimbing pelumba-pelumba berbasikal muda, dan bergantung kepada keputusan SCF, menjalani kaunseling bagi membantu mengawal emosinya dengan lebih baik lagi," ujar kenyataan SCF semalam.

Dalam rayuan kepada SCF bagi hukumannya diringankan, Vincent "begitu menyesali di atas tindakannya menggunakan kekasaran ke atas Kee Meng".

"Saya juga bersedia menemui dan meminta maaf kepadanya."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.