Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Serangan ke atas Anggota Parlimen: Polis berkas seorang lelaki

Apr 17, 2018 | 04:17 PM



POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 32 tahun kerana menceroboh dan disyaki menyerang seorang anggota parlimen (AP).



Dalam kejadian itu, AP GRC Jurong Dr Tan Wu Meng sedang mengadakan Sesi Temu Penduduk (MPS) di Clementi Avenue 2 malam semalam (16 April) apabila seorang lelaki meluru ke tempat pertemuan dan terus memukul AP itu.



Dalam kiriman Facebooknya Dr Tan berkata:



“Saya sedang menemui penduduk lain apabila saya dipukul dan saya rebah ke lantai.



“Penduduk dan sukarelawan yang hadir tampil membantu dan cuba menahan lelaki itu.”



Atas nasihat polis dan Pasukan pertahanan Awam Singapura (SCDF) Dr Tan pergi mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Singapura (NUH). Selepas mendapatkan rawatan doktor di NUH bersetuju membenarkan beliau kembali menyambung tugasnya dan Dr Tan kembali meneruskan MPS untuk menulis surat rayuan bagi penduduknya lewat malam semalam.



Dr Tan menambah lelaki yang menyerangnya telah memberi gambaran awal tentang masalahnya semasa mendaftar bagi MPS, dan telah membawa beberapa dokumen mengenai masalah yang dihadapinya.



“Saya juga telah menulis surat rayuan untuknya.



“Polis sedang menyiasat tetapi apa juga akibatnya dibawah undang-undang saya berharap beliau dapat kembali ke pangkal jalan dan saya akan cuba membantunya,” kata Dr Tan.



Dalam satu kenyataan  polis mengesahkan seroang lelaki telah diberkas dan siasatan sedang dijalankan.



Polis berkata pihaknya memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mengancam, mengugut dan berlaku ganas terhadap sesiapa, lebih-lebih lagi terhadap pegawai awam atau AP yang menjalankan tugas.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (18 April) kata polis.



Parti Tindakan Rayat (PAP) dalam satu kenyataan turut memaklumkan media tentang serangan ke atas Dr Tan.



Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Penganjur PAP Encik Chan Chun Sing berkata Dr Tan telah menangani kejadian itu dengan tenang dan telah berupaya menenangkan sukarelawan dan penduduk.



Kejadian itu menurut beliau satu peringatan penting tentang risiko yang perlu ditangani para AP dalam menjalankan tugas awam mereka.



“Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan kami yang bekerjasama sebagai sepasukan dalam memberikan khidmat kepada penduduk kita dan menjaga antara satu sama lain,” kata Encik Chan.



Beliau menambah polis sendang menjalankan siasatan justeru menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >