KEDEDUANYA belum lagi dilahirkan semasa Fandi Ahmad mengukir namanya sebagai antara pemain terhebat Singapura termasuk membantu pasukan nasional menjulang kejuaraan berganda Piala Malaysia dan Liga-M pada 1994.
Jadi, bagi dua pemain skuad Singa Muda ini - Muhammad Zulqarnaen Suzliman dan Prakash Raj - kesempatan menjalani latihan di bawah bimbingan legenda bola sepak negara itu adalah satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan dalam usaha mereka mempertingkatkan lagi kecekapan dan memburu kerjaya profesional dalam sukan ini.