Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA - PREVIU: CROATIA LWN MAGHRIBI

Setakat gangsa tapi 'juara di mata dunia'

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



PERTARUNGAN antara dua pasukan 'underdog'.



Croatia, yang mengejutkan dunia empat tahun lalu setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia yang lepas, bakal berentap dengan Maghribi dalam perlawanan bagi menentukan pasukan tempat ketiga dan keempat.



Tiada siapa yang sangka perjalanan dua pasukan kerdil ini di Piala Dunia Qatar masih kekal sehingga kini.



Ramai yang mungkin fikir perjuangan mereka dalam kejohanan ini telahpun berakhir.



Namun malam ini, Croatia dan Maghribi akan mempertaruhkan segala-galanya agar dapat pulang dengan sekalung pingat.



Tidak dapat dinafikan bahawa pemenang perlawanan tempat ketiga dan keempat ini mudah dilupakan.



Bagaimanapun, bagi kedua-dua negara ini, mereka berharap dapat mengakhiri perjuangan mereka dengan satu lagi persembahan yang menakjubkan dan boleh dibanggakan.



Penyerang Croatia Andrej Kramaric, menolak tanggapan bahawa ia merupakan satu perlawanan yang tidak bermakna di Stadium Antarabangsa Khalifa.



Beliau menambah walaupun peluang untuk memenangi Piala Dunia telah berakhir untuk Croatia dan Maghribi, tetapi peluang pulang sebagai adiwira negara masing-masing menjadi taruhan apabila kedua-dua pasukan bertemu nanti.



"Saya rasa jika anda bertanya soalan ini kepada pemain Maghribi, saya tidak fikir mereka akan melihatnya seperti itu (menganggap perlawanan itu sebagai tidak bermakna)," kata Kramaric dalam satu sidang akhbar.



"Mereka berjuang dan memberikan segalanya kerana jika anda memenangi pingat di Piala Dunia, anda menjadi wira abadi di negara anda. Itu perkara yang sama yang akan kami lakukan."



Ini merupakan pertemuan kedua antara Croatia dengan Maghribi pada Piala Dunia ini, setelah kedua-dua pasukan hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan Kumpulan F, bulan lalu.



Maghribi mengejutkan dunia apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia, tetapi rentak persembahan baik pasukan Atlas Lions itu berakhir dengan kekalahan 0-2 kepada juara bertahan Perancis pada Khamis lalu.



Sementara itu, Croatia mengalami kekalahan 0-3 di tangan Argentina, akhirnya memusnahkan harapan mereka untuk mara ke perlawanan akhir berturut-turut dan peluang untuk menebus kekecewaan empat tahun lalu.



Prestasi pasukan Zlatko Dalic dalam dua penampilan Piala Dunia yang terakhir ini hanya menunjukkan mereka berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka berhak dilihat sebagai antara negara bola sepak terbaik dunia.



Meskipun ini mungkin penampilan terakhirnya di Piala Dunia, kapten dan bintang Croatia, Luka Modric berharap sekurang-kurangnya beliau mampu membawa pulang pingat saguhati kali ini.



"Kami mempunyai Piala Dunia yang sangat baik dan ia bukanlah satu hukuman untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan," kata Modric.



"Terdapat pingat gangsa yang masih dipertaruhkan, jadi kami perlu bersedia kerana ia adalah keputusan yang baik jika kami memperolehnya."



Jarang pasukang kerdil dapat melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Dunia, dan jika mereka berjaya melakukannya, ia dilihat sebagai satu pencapaian yang amat besar.



Di kejohanan terakhir, Croatia telah digelar sebagai pasukan 'underdog' dan melakukan keajaiban apabila berjaya mara ke peringkat akhir.



Kali ini, kita melihat ia berulang lagi dengan pasukan Maghribi merampas gelaran tersebut.



Tidak mengapa jika mereka gagal ke peringkat akhir kerana sepanjang kejohanan ini, Maghribi telah menyemarakkan semangat bukan hanya penduduk negara mereka, malah di seluruh benua Afrika.



Skuad kendalian Walid Regragui menjadi pasukan Afrika dan Arab yang pertama, serta pasukan kedua dari negara yang majoritinya merupakan penduduk Islam (selepas Turki pada 2002) untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.



Mereka akan dijunjung sebagai wira sekembalinya mereka ke tanah air, tanpa mengira keputusan yang diperolehi nanti.



Dalam pada itu, mereka juga bukan sahaja mendapat penghormatan dan sokongan dari benua dan dunia Arab, tetapi juga berjaya menambat hati peminat neutral yang sukakan kisah 'underdog' sebenar.



"Saya akan memberi peluang kepada mereka yang tidak bermain dan kami akan cuba meraih tempat ketiga," kata Regragui.



"Apa yang penting ialah kami memberikan persembahan yang terbaik dan menunjukkan bahawa bola sepak di Maghribi juga mampu mencapai peringkat tertinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >