MADRID: Sevilla mengekalkan harapan memenangi tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut selepas ia menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1 dan melangkah ke final semalam.
Kemenangan agregat 5-3 itu - separuh akhir pertama berakhir 2-2 - bermakna Sevilla bertemu Liverpool dalam final di Basel, Switzerland, pada 18 Mei ini.