Sevilla kalahkan Liverpool 3-1 untuk kekal juara Liga Europa

BASEL (Switzerland): Sevilla terselamat pada babak pertama daripada serangan sebelum membalas dengan tiga gol pada babak kedua, dua daripada Coke, untuk mengalahkan Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu (18 Mei).

Dengan ini, ia memenangi piala itu tiga musim berturut-turut.

Liverpool menguasai peringkat awal perlawanan dan mendahului menerusi gol cantik oleh penyerang England, Daniel Sturridge.

Sevilla bertahan dan membalas secara mendadak apabila Kevin Gameiro menjaringkan gol daripada hantaran Mariano Perreira seminit selepas rihat.

Coke kemudian meletak Sevilla di depan dan menambah gol ketiga penuh kontroversi selepas penjaga garisan pada mulanya menaikkan bendera offside, tetapi pengadil Jonas Eriksson memberikan gol selepas rundingan panjang.

Dengan kekalahan itu, Liverpool tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.