SUKAN SEA ke-28

Shakir Juanda undur diri dari acara tanding

MANTAN juara dunia silat Muhammad Shakir Juanda telah mengundur diri dari acara tanding di pertandingan pencak silat; kurang sebulan sebelum Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 bermula.

Namun, beliau dijangka memelihara tempat dalam acara ganda (seni); bersama Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin.

Pesilat nasional itu mengalami kecederaan lutut di Kejohanan Pencak Silat SEA yang diadakan di Singapura awal tahun ini.

Menurut Shakir, beliau kurang yakin dapat memberikan persembahan sempurna dalam acara tanding jika tidak cergas 100 peratus.

"Bagi saya, lebih baik saya menuruti arahan doktor dan mengundur diri... bukan sahaja bagi memelihara kerjaya jangka panjang malah kerana saya tahu ada rakan sepasukan yang layak mengambil tempat saya," kata Shakir.

Juara dunia silat 2015 Sheik Farhan Sheik Alau'ddin akan mengambil alih tempatnya dalam tanding Kelas H (75-80 kilogram).

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.