PELARI pecut wanita negara, Shanti Pereira, nyaris menyamai rekod nasional 200 meter yang dimilikinya apabila mencatatkan masa 24.00 saat untuk menduduki tempat pertama di Kejohanan Trek dan Balapan Terbuka Singapura yang berakhir di Stadium Nasional semalam.
Rekod nasional acara tersebut dicipta beliau pada tahun lalu dengan kepantasan 23.99 saat di Kejohanan Junior Asian di Taiwan.