WTA BNP-PARIBAS SINGAPURA

Sharapova tewaskan Halep, buka luas kelayakan dari Kumpulan Merah

MARIA Sharapova mempamerkan ketabahan bak juara bagi menewaskan pilihan pertama Simona Halep 6-4; 6-4 di pusingan kumpulan WTA BNP-Paribas Singapura di Stadium Tertutup Singapura.

Kemenangan itu membuka luas kelayakan dari Kumpulan Merah, dengan setiap empat anggota - Sharapova, Halep, Agniezska Radwanska dan Flavia Pennetta masih berpeluang mara ke separuh akhir hujung minggu ini.

Sharapova, pilihan ketiga di kejohanan ini, mendahului Halep 5-1 dalam set kedua dan dijangka memenangi perlawanan dengan straight set selepas memenangi set pertama 6-4.

Namun, Halep, pemain nombor dua dunia, bangkit bagi merampas dua serve Sharapova dan memenangi serve-nya sendiri bagi menjadikan kedudukan 5-4.

Bagaimanapun Sharapova, pemain nombor empat dunia berjaya mengembalikan form awal dan memenangi set terakhir bagi menjadikan kedudukan 6-4; dan mencapai kemenangan kedua berturut-turut di kejohanan ini.

Dalam perlawanan awal, Radwanska tewas mengejut 7-6(5), 6-4 kepada juara Terbuka Amerika Syarikat Pennetta.

Pasangan Taiwan, Chan Hao-Ching dan Chan Yung-Jan turut menewaskan lawan mereka, Bethanie Mattek-Sands dan Lucie Safarova dalam acara doubles.

WTA BNP-Paribas Singapura diteruskan hari ini dengan kededua perlawanan perseorangan dan doubles.

Petra Kvitova bertemu Lucie Safarova dan Garbine Muguruza bertemu Kerber dalam perseorangan wanita; sementara pasangan pilihan pertama Martina Hingis dan Sania Mirza berentap dengan pasangan Czech Angie Hlavackova dan Lucie Hradecka; dan Timea Babos dan Kristina Mladenovic bertemu Raquel Kops-Jones dan Abigail Spears dalam acara doubles.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.