Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Sheik Farhan gelar diri 'Encik Tanpa Alasan'

May 14, 2023 | 05:30 AM



PENCAPAIANNYA menggelarkan beliau seorang juara dunia empat kali dan pemenang tiga pingat emas Sukan SEA.



Tetapi, selepas menjuarai kelas I putera (85-90kg) di Sukan SEA Kemboja untuk menggondol emas ketiganya pada Rabu, pendekar Singapura Sheik Farhan Sheik Alau'ddin memperkenalkan dirinya sebagai 'Encik Tanpa Alasan'.



"Sebagai seorang atlet, saya mahu menjadi lebih hebat daripada lawan saya," kata Farhan, 25 tahun, kepada media Singapura di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



"Sebelum pertandingan, terdapat banyak perkara yang saya lalui tetapi saya tahu bahawa tahun depan, tiada siapa yang akan ingat dia mengalami kecederaan lutut atau dia jatuh sakit, atau pengadil mengadili dengan teruk. Tiada siapa yang akan ingatnya.



"Saya mahu berlatih pada tahap di mana saya dapat mengatasi setiap halangan yang saya tempuhi," ujarnya lagi.



Meskipun enggan memberi butiran lanjut mengenai cabaran yang dihadapi menjelang Sukan SEA, Farhan mencadangkan bahawa ia mungkin sesuatu yang telah menggoyahkan keyakinannya.



"Sejujurnya, sebelum ke temasya sukan ini. keyakinan saya ada tidak sekuat berbanding pertandingan sebelumnya…tetapi, pada akhirnya, ini semua adalah alasan dan saya bukan Encik Alasan," tambah beliau.



Justeru, sekilas senyuman yang diukir Farhan - sesuatu yang jarang berlaku bagi pesilat itu yang boleh dianggap "kurang pandai" menunjukkan emosinya - selepas menang 42-11 ke atas pesilat Malaysia Robial Sobri dalam perlawanan akhir tersirat makna di sebalik kejayaannya.



Farhan menyifatkan kemenangan itu sebagai "pencapaian terbesar saya".



Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang juga merupakan bapa Farhan, kemudian mendedahkan bahawa anaknya telah dijangkiti Covid-19 seminggu sebelum pertandingan, dan menyebabkan Farhan berasa lemah.



Selain itu, Farhan juga bertanding dalam kelas berat yang lebih ringan - turun sekelas ke kelas I putera (85-90kg) - pada edisi kali ini.



Ketika merangkul emas pada Sukan SEA 2017 dan 2021, beliau menyertai kelas J putera (90-95kg).



"Farhan adalah spesies yang berbeza daripada sesiapa pun. Saya bapanya tetapi dia tidak banyak bercakap (dengan saya). Tetapi saya akan sentiasa percaya kepadanya," kongsi Alau'ddin.



"Di rumah, kami boleh makan beriani dan laksa tetapi dia tidak akan pernah menyentuhnya. Dia memasak makanannya (yang sihat) sendiri, bersenam dan berlatih bersungguh-sungguh. Kami memerlukan mentaliti seperti ini," tambah legenda silat Singapura itu.



Skuad silat Singapura pulang dengan 10 pingat - dua emas, tiga perak dan lima gangsa - dari Kemboja.



Satu lagi emas Singapura dimenangi oleh pasukan seni wanita, yang diwakili oleh Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin.



Pada edisi lalu Sukan SEA, skuad silat negara membawa pulang empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk mencatat prestasi terbaiknya di temasya sukan itu. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




"Sebelum pertandingan, terdapat banyak perkara yang saya lalui tetapi saya tahu bahawa tahun depan, tiada siapa yang akan ingat dia mengalami kecederaan lutut atau dia jatuh sakit, atau pengadil mengadili dengan teruk. Tiada siapa yang akan ingatnya. Saya mahu berlatih pada tahap di mana saya dapat mengatasi setiap halangan yang saya tempuhi."
- Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, atlet silat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >