Sheik Farhan juara dunia baru

PENDEKAR muda negara, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, muncul juara dunia baru negara apabila beliau menewaskan pesilat Vietnam, Quoc Hung, 3-2 dalam final Kelas J (90-95 kilogram) Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Phuket, Thailand, pagi tadi.

"Saya mahu menjadi lebih baik daripada bapa saya," kata Sheik Farhan, yang mengecap kemenangan itu dalam penampilan pertama kejohanan dunia itu.

Bapanya, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) merupakan bekas juara dunia.

Kejayaan Sheik Farhan, 17 tahun, membawa satu-satunya pingat emas dalam kejohanan kali ini menjadi penawar duka apabila bekas juara dunia, Muhammad Shakir Juanda, tewas di peringkat separuh akhir Kelas Class H (80-85kg) kepada pesilat Indonesia, Tri Juanda Samsul Bahar.

Seorang lagi pesilat, Nurul Suhaila Mohamed Saiful, turut tewas dalam final Kelas D (60-65 kg) di tangan Selly Andriani dari Indonesia.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.