LONDON: Tim Sherwood meraikan kemenangan sulungnya sebagai pengurus baru Aston Villa dengan menyifatkannya sebagai "lebih menggembirakan daripada memenangi cabutan loteri" menyusuli kejayaan 2-1 ke atas West Bromwich Albion dalam satu perlawanan Liga Perdana England dinihari semalam.
Gol penalti minit-minit terakhir jaringan Christian Benteke memberikan Villa kemenangan pertama sejak 13 perlawanan terakhirnya - yang pertama dalam tiga perlawanan sejak di bawah pimpinan Sherwood - sekali gus membantu kelab itu keluar daripada 'zon bahaya' tiga tangga corot liga.