Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Siapa akan mara?

Dec 09, 2014 | 09:10 AM



BERNE: Juara dan naib juara Liga Perdana England (EPL) Manchester City dan Liverpool terdesak memenangi perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah terakhir masing-masing, demi mara ke pusingan seterusnya.


Kededua kelab ini antara 11 pasukan yang masih bersaing merebut lima tempat terakhir.


Lagi 11 pasukan - Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Bayer Leverkusen, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Arsenal, Chelsea, Paris St Germain, Porto dan Shakhtar Donetsk - telah pun menempah tempat ke pusingan kalah mati dan hanya beraksi pada hari terakhir demi merebut tempat pertama.


Liverpool, yang kembali ke pertandingan elit Eropah ini bertemu Basel di Anfield, malam ini, dalam perlawanan Kumpulan B.


Ia terdesak meraih semua tiga mata demi menjamin tempat di pusingan kedua, sementara juara Switzerland itu hanya memerlukan keputusan seri demi menyingkir juara Eropah sebanyak lima kali itu.


Lusa, City bertandang ke Rome pula, dengan tiga kelab - City, Roma dan CSKA Moscow - masing-masing mengutip lima mata dalam Kumpulan E dan masih berpeluang ke pusingan kedua.


Roma berkedudukan paling kukuh dan akan melangkah ke pusingan kedua jika ia menang. Namun keputusan seri memadai jika CSKA Moscow gagal menewaskan pendahulu kumpulan Bayern Munich.


City pula perlu menang dan berharap CSKA tidak berdaya menewaskan Bayern. Sebaliknya, juara Russia itu perlu menang dan berharap Roma tidak menewaskan City bagi melangkah ke pusingan kedua.


Berlatarkan drama ini, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo meneruskan persaingan peribadi dalam perlumbaan menjadi penjaring terbanyak pertandingan.


Messi memecahkan rekod pertandingan selepas menyumbat 74 gol setakat ini, dengan Ronaldo ketinggalan tiga gol. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >