Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Siapa kapten lebih baik? Ronaldo atau Messi?

Dec 05, 2022 | 05:30 AM



ANTARA dua G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi 'Terhebat Sepanjang Zaman' - bola sepak, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, siapa yang menjadi ketua pasukan yang lebih baik?



Kapten mana yang anda inginkan dalam skuad anda?



Ciri-ciri apa yang mereka miliki untuk membuatkan mereka kapten pilihan?



Perdebatan antara dua ikon bola sepak ini berterusan dalam rakaman terbaru podcast #NoTapis Extra Time - sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) yang dihoskan Editor Podcast, Shahida Sarhid.



Hos dan wartawan sukan BH/BM Zulaiqah Abdul Rahim bersama tetamu undangan, penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir, dan kapten Tanjong Pagar United, Faritz Hameed, membincangkan kepimpinan Messi dan Ronaldo.



"Soalan sukar untuk mengatakan siapa kapten yang lebih baik... jika anda lihat Messi dan Ronaldo, mereka adalah jenis kapten yang berbeza," ulas Faritz.



"Ronaldo mungkin pemain yang mementingkan diri sendiri tetapi apa yang dia bawa ke dalam pasukan sebenarnya meningkatkan pasukan secara keseluruhan.



"Messi juga seorang pemimpin cuma cara dia bermain pula adalah dia cuba mencipta sesuatu seorang diri.



"Apabila kita berbual tentang kepimpinan, kita akan mahu menyatukan pasukan...Ronaldo mungkin memerlukan pemain lain untuk membantunya menjaring gol tetapi dengan cara itu, dia juga meminta rakan sepasukan beraksi dengan baik," tambah beliau.



Apa kata yang lain? Dengarkan podcast ini di Spotify dan laman web www.beritaharian.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >