Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN FIFA

Siapakah pengganti Blatter?

Fifa memilih presiden baru di Kongres Luar Biasa hari ini
Feb 25, 2016 | 04:51 PM



ZURICH: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) akan mengundi bagi memilih presiden baru hari ini, bagi menggantikan Sepp Blatter dan membina semula kewibawaan yang diruntuh skandal rasuah paling teruk dalam sejarahnya.


Seorang calon cuba menganjak proses ke tarikh lain, tetapi mahkamah tertinggi sukan menolak permohonan itu, membuka laluan bagi Fifa mengadakan Kongres Luar Biasa di Zurich.


Fifa turut menggesa anggotanya menyokong beberapa pembaharuan yang akan ditampilkan di kongres, termasuk had bagi tempoh jawatan pegawai tertinggi selain mendedahkan pendapatan mereka, demi membina semula keyakinan awam yang hilang selepas beberapa dozen pegawai ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di Amerika Syarikat.


Mantan presiden Blatter, turut disiasat atas kesalahan jenayah di Switzerland dan tidak dibenarkan hadir di kongres selepas rayuannya bagi memendekkan tempoh penggantungan lapan tahun daripada kegiatan bola sepak ditolak kelmarin.


Beliau menerima hukuman itu selepas didapati bersalah melanggar garis panduan etika pertubuhan itu selepas membuat pembayaran 'bawah meja' kepada presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini, yang turut menerima hukuman sama.


Platini, legenda bola sepak Perancis, dianggap pilihan utama menggantikan Blatter di puncak pimpinan Fifa, tetapi namanya kini berconteng arang selepas siasatan menunjukkan beliau menerima bayaran $2.03 juta ($2.85 juta) daripada Fifa bagi khidmatnya kepada pertubuhan itu pada 2011.


Jawatankuasa rayuan Fifa mengurangkan tempoh hukuman bagi kededua Platini dan Blatter kepada enam tahun demi mengiktiraf sumbangan mereka kepada Fifa.


Lima calon - Putera Ali Al Hussein, Jerome Champagne, Gianni Infantino, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Tokyo Sexwale - kini bersaing bagi menggantikan Blatter dan memimpin Fifa mengatasi krisis ini.


Bagaimanapun, awal minggu ini, Putera Ali memohon kepada Mahkamah Rayuan Sukan (CAS) bagi menangguh tarikh pengundian.


Beliau mendakwa pondok mengundi yang tertutup boleh disalah guna dan membolehkan pengundi mengambil gambar kertas undi mereka sebagai bukti sokongan bagi calon tertentu.


Walau Putera Ali sanggup membiayai kos mendapatkan pondok mengundi lutsinar, permohonannya itu ditolak CAS.


Walau akur kecewa, Putera Ali meluahkan harapan proses mengundi akan dipantau teliti oleh media, dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Champagne berkata beliau ingin merayu kepada CAS mengenai jumlah pemerhati yang dibenarkan hadir di dewan kongres.


Champagne dan Putera Ali turut meluahkan keprihatinan tentang perbuatan badan bola sepak di benua lain yang tidak mengundi, tetapi dijangka mengisytiharkan sokongan bagi calon tertentu.


Semua 200 persatuan bola sepak yang menjadi anggota Fifa layak membuang satu undi dan undi yang dirahsiakan itu bermakna ia boleh disalahguna.


Infantino, setiausaha Uefa, dan Sheikh Salman, iaitu ketua Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dilihat sebagai pilihan utama menggantikan Blatter.


Seorang lagi calon Sexwale ialah peniaga dan tokoh politik dari Afrika Selatan.


Kongres Fifa esok juga akan mengundi bagi menyokong 'pakej' pembaharuan dyang bertujuan membersihkan imej Fifa, sementara siasatan jenayah masih diteruskan di Amerika dan Switzerland. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >