Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Siaran tertunda untuk Temasya Sukan Olimpik

Mediacorp: Hanya acara pembukaan dan penutupan rasmi temasya disiarkan secara langsung
Jul 23, 2016 | 11:41 AM



SAH! Tiada siaran langsung yang dapat dinikmati rakyat Singapura semasa berlangsungnya Temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil yang berlangsung mulai 5 hingga 21 Ogos ini.



Siaran langsung hanya boleh dinikmati untuk pembukaan dan penutupan acara sukan paling berprestij itu.



Menurut Mediacorp dalam kenyataannya hari ini, sepanjang temasya berlangsung, pihaknya akan menyiarkan sedutan liputan dan siaran tertunda di saluran 'Okto', yang dikhususkan oleh siaran sukan, dan menerusi 'Toggle', yakni wadah dalam talian.



"Ini termasuklah liputan sehingga 12 jam setiap hari bagi sukan-sukan pilihan dan berita mutakhir bagi pasukan Singapura yang bertanding di temasya itu," kata badan penyiaran itu dalam dalam kenyataannya.



Mediacorp menambah, ia menawarkan liputan percuma merentasi pelbagai wadah, termasuk digital, television, radio dan media cetak.



Setiap hari sepanjang Sukan Olimpik berlangsung, Mediacorp akan menyajikan tiga liputan khusus di mana dua daripadanya akan menyorot perjalanan sukan itu secara am sementara program ketiga pula - selama 30 minit - yang diterbitkan oleh Mediacorp akan memberi tumpuan kepada olahragawan dan olahragawati Singapura yang bertanding.



Menjelang Sukan Olimpik, Mediacorp akan menayangkang satu dokumentari khas 'Countdown to Rio' (Detik ke Rio), yang akan disiarkan di saluran 'Okto'.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp, Encik Chang Long Jong, berkata: "Pasaran bagi liputan sukan begitu bersaing sejak beberapa tahun lalu.



"Di Mediacorp, kami melakukan yang terbaik untuk menyiarkan yang terbaik bagi Rio 2016 merentasi pelbagai wadah kami termasuk berita mutakhir, sedutan acara pilihan dan dokumentari dan sorotan yang berkobar.



"Tentu sekali kami akan memberi sorotan khas terhadap atlit Singapura - setiap seorang daripada mereka yang bersaing di Temasya ini telah bekerja keras untuk berada di sana dan menerusi liputan kami, kami harap dapat menyatukan seluruh warga Singapura di belakang mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >