Sidek terima Anugerah Suluh Budiman

MANTAN Anggota Parlimen (AP) dan Menteri Negara Kanan, Haji Sidek Saniff, 76 tahun, menerima Anugerah Suluh Budiman (Politik) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas keterampilan, ketokohan dan sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam satu majlis di kampus universiti itu pada 29 November lalu.

"Pemilihan Haji Sidek berdasarkan beberapa kriteria, antaranya beliau bekas pelajar UPSI (dulunya dikenali sebagai Kolej Perguruan Sultan Idris atau SITC) dan antara tokoh paling terampil di kalangan lulusan SITC.

"Beliau juga dipilih kerana memenuhi semua kriteria bagi Anugerah Suluh, antaranya aktif dan kerap menyertai program anjuran alumni, tidak menolak apabila diundang dan beliau juga mendapat pencalonan terbanyak dan ranking teratas daripada kumpulan pelajar seangkatan beliau," jelas Presiden Persatuan Alumni Suluh Budiman dan anggota Lembaga pengarah UPSI, Datuk Haji Ahmad Haji Burak, yang dihubungi Berita Harian (BH) menerusi panggilan jauh.

Menurutnya, Haji Sidek mendapat markah tertinggi dalam pencapaian politik meskipun beliau mencurahkan khidmat di Singapura sebagai AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama enam penggal, satu pencapaian yang dianggap "luar biasa".

Ketika dihubungi BH, Haji Sidek berkata beliau amat bersyukur dan berbangga diberi penghormatan setinggi itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.