BELIAU boleh dianggap poster boy skuad hoki nasional.
Namun, kecederaan pada buku lali yang dialaminya dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini besar kemungkinan meragut penyertaan Silas Abdul Razak Noor Shah apabila skuad nasional membuka kempen dalam pertandingan Pusingan Kedua Liga Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menentang Oman pada Sabtu depan.