Silat dipertanding dalam Sukan Asia Jakarta 2018

IMPIAN Persekutuan Pencak Silat Asia (Apsif) melihat sukan itu dipertanding dalam Sukan Asia menjadi kenyataan apabila ia disah menjadi salah satu acara rasmi dalam Sukan Asia Ke-18 yang dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September 2018.

Pengesahan itu dibuat Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dalam sepucuk surat kepada Presiden Majlis Olimpik Indonesia Rita Subowo pada 1 Februari lalu.

Presiden Persekutuan Pencak Silat Asia (Apsif) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang turut menerima surat tersebut kemudian, melahirkan rasa syukur dan gembira silat akhirnya disertakan dalam Sukan Asia.

"Kami berasa amat gembira mendapat berita pengesahan ini. Ia adalah satu kejayaan dalam usaha kami memartabatkan silat bukan sahaja di Asia, malah di persada dunia," jelas Sheik Alau'ddin yang mendedahkan kandungan surat tersebut kepada Berita Harian semalam.

Sebanyak 34 acara akan dipertanding dalam Sukan Asia Jakarta iaitu 28 acara sukan Olimpik dan enam acara bukan sukan Olimpik, termasuk sepak takraw, squash, kabbadi, seni pertahanan diri (karatedo, jujitsu, pencak silat serta wushu), sukan ekstrem (para gliding dan memanjat) dan satu lagi acara yang akan diumumkan OCA kemudian.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.