SELEPAS menundukkan Terengganu dan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia bersama LionsXII minggu lalu, pemain bola sepak nasional mengalih tumpuan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Jepun di Stadium Negara Khamis depan.
Dengan penyerang utama Khairul Amri cedera dan tidak dijangka beraksi selama empat minggu, Bernd Stange telah mengundang wajah baru daripada Young Lions - Taufik Suparno, 20 tahun.