Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa atasi Laos

Nov 13, 2014 | 11:42 PM



PASUKAN nasional Singapura bangkit daripada kekalahan 2-0 di tangan Bahrain Jumaat lalu apabila mengalahkan Laos 2-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Yishun malam tadi.


Pemain bek veteran Baihakki Khaizan membuka jaringan di awal perlawanan pada minit kelima apabila beliau menanduk masuk umpanan daripada tendangan sudut Shaiful Esah sebelum penyerang Khairul Amri pada minit ke-32.


Ini merupakan kemenangan pertama pasukan Singa selepas menewaskan Papua New Guinea 2-1 pada September lalu.


Singa seri 2-2 dengan Macau sebelum tewas 1-2 di tangan Hongkong bulan lalu.


Singa dijadual berdepan Kemboja dalam satu lagi perlawanan persahabatan di stadium yang sama Isnin ini.


Ia sebagai persiapan bagi mempertahan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki yang dijadual bermula 23 November ini dengan menentang Thailand di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >