Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN ASIA 2014

Singa Muda menang tetapi tersingkir

Sep 21, 2014 | 07:21 PM



SINGA Muda mempamerkan permainan menarik untuk mengalahkan Palestin 2-1 petang semalam tetapi gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati acara bola sepak Sukan Asia Incheon.


Ini kerana pesaingnya, Tajikistan, mengalahkan Oman 1-0 dalam satu lagi perlawanan terakhir Kumpulan C untuk mengiringi Palestin, yang sudah pun melayakkan diri, ke pusingan 16 pasukan terakhir.


Namun, Singa Muda menunjukkan kesungguhan melayakkan diri apabila meluru 2-0 dalam separuh masa pertama menerusi dua gol 'set piece' cantik Shafiq Ghani berbanding Palestin yang tidak menunjukkan kemampuan sebenar pada awal permainan.


Palestin, bagaimanapun, meningkatkan permainan dengan memasukkan dua pemain gantian di awal separuh masa kedua untuk mengelakkan kekalahan tetapi benteng Singa Muda yang dikemudi penjaga gawang Hassan Sunny, Baihakki Khaizan dan Safuwan Baharudin dapat bertahan.


Namun, Palestin akhirnya merapatkan jurang pada minit ke-83 menerusi Suad Amed Wridat dan dijadual bertemu Jepun dalam pusingan kalah mati.


Pemain Singa Muda hanya mengetahui mereka tersingkir selepas perlawanan apabila diberitahu mengenai keputusan perlawanan Tajikistan dan Oman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >