Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Singa perlukan anda!

Oct 06, 2015 | 05:20 PM



DI MANAKAH anda, penyokong bola sepak Singapura?


Sehari sebelum ia berlangsung, sambutan bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Singapura dengan Afghanistan di Stadium Negara esok - yang boleh memuatkan 60,000 penonton - masih hambar.


Sehingga lima petang pada 6 Oktober, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) tidak memberikan angka penjualan tiket rasmi.


Namun bercakap kepada media sebelum sesi latihan pertama kelmarin, jurulatih nasional Bernd Stange akur pihaknya "belum menjual banyak tiket", kurang dua hari sebelum perlawanan Kumpulan E itu.


"Kami perlukan sokongan anda. Penyokong boleh memberi dorongan dan kami memerlukan penyokong," kata Stange, sambil menambah Singa telah menunjukkan keupayaannya dalam tiga perlawanan kelayakan pertama.


Pelbagai gabungan faktor mungkin menjejas sambutan.


Ia bukan sahaja berlangsung pada hari kerja, malah pada musim peperiksaan. Warga Singapura juga cenderung membeli tiket di saat akhir. Perlawanan ini juga bakal disiarkan secara langsung di Singtel TV saluran 109.


Keadaan cuaca yang berjerebu dan harga tiket lebih tinggi daripada yang biasa dibayar penonton bola sepak setempat juga menjadi sebab, gambaran yang diperoleh berdasarkan komen penyokong di laman Facebook FAS.


Seorang peminat yang menggunakan nama 'Gulam KopKing Hussain' berkata: "Ayuh FAS, lakukan sesuatu tentang harga tiket... bagi membantu penyokong memberi sokongan kepada Lions demi mengatasi dugaan. Jangan menjadikannya lebih sukar untuk kami."


Butir Tiket:


- Berharga $38 (Kategori 1) dan $28 (Kategori 2).


- Harga pakej - $50 (Kategori 1) dan $28 (Kategori) ditawarkan bagi mereka yang membeli juga tiket bagi perlawanan antara Singapura dengan Kemboja pada 13 Oktober.


- Harga tiket konsesi (pelajar bawah 16 tahun dan warga berusia 60 tahun ke atas) adalah $15 (Kategori 1) dan $10 (Kategori 2).


- Tiket boleh dibeli di www.sportshubtix.sg; menerusi talian 6333-5000 dan 3158-7888; pejabat tiket Stadium Tertutup; dan cawangan SingPost.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >