KEDUDUKAN pasukan bola sepak nasional dalam ranking terbaru Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang diterbitkan kelmarin terus merosot.
Prestasi hambar yang memuncak dengan kekecewaan tersingkir pada peringkat awal Piala Suzuki AFF bulan lalu menyaksikan pasukan Singa pimpinan V. Sundramoorthy turun tiga tangga lagi dengan menduduki kedudukan ke-165 ranking terbaru Fifa itu.