Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA

Singa siap langkah positif apabila cabar Kyrgyzstan

Pasukan tuan rumah dari Asia Tengah jadi pilihan tapi jurulatih Singa, Nishigaya, yakin anak didiknya mampu bersaing
Jun 08, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak negara memulakan saingan kelayakan Piala Asia dengan optimis dan semangat yang membara untuk melakar sejarah baru, menyusuli persembahan yang memberangsangkan sepanjang persiapan mereka.



Di bawah kendalian ketua jurulatih baru, Takayuki Nishigaya, pemain Singa telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memberikan yang terbaik bagi persaingan kelayakan yang bakal bermula hari ini hingga 14 Jun nanti.



Semangat tersebut jelas dapat dilihat sewaktu perlawanan persahabatan menentang Kuwait yang berakhir dengan kekalahan 0-2 di Abu Dhabi.



Walaupun ia bukanlah keputusan seperti yang diharapkan, namun persembahan skuad Singa mendapat pujian, termasuk dari Nishigaya yang memimpin pasukan negara dalam perlawanan kompetitif buat kali pertama sejak dilantik pada 25 April lalu.



Jurulatih yang mengambil alih dari rakan senegaranya, Tatsuma Yoshida, itu memuji tahap persembahan anak buahnya dalam perlawanan persahabatan itu.



Beliau juga yakin dapat membantu Singapura mengakhiri kemarau gol apabila berdepan dengan pasukan dari Timur Tengah mahupun Asia tengah.



Dalam 10 perlawanan terakhir mereka menentang lawan dari rantau tersebut sejak Oktober 2019, skuad negara hanya menjaringkan empat gol.



"Kami mencipta banyak peluang dalam perlawanan itu (menentang Kuwait)... sesuatu yang saya rasa amat positif. Tetapi kami tahu bahawa kami perlu menjaringkan gol.



"Saya yakin terhadap penyerang kami, jika kami mampu mendapatkan peluang (semasa kelayakan) seperti yang kami lakukan ini, mereka boleh mendapatkan gol kami. Saya yakin," kata Nishigaya.



Meskipun sebelum ini beliau tiada pengalaman mengendalikan pasukan nasional, namun Nishigaya telah menunjukkan bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab besar ini dan memenuhi jangkaan para penyokong pasukan negara.



Sebagai seorang jurulatih yang tegas, beliau sering menekankan permainan yang agresif lagi progresif sambil mahukan setiap pemainnya memaparkan sikap kerja keras dan semangat berpasukan apabila mereka melangkah ke dalam padang.



Menyusuli kekalahan di Stadium Al Nahyan minggu lalu, Nishigaya akur bahawa terdapat ruang yang masih boleh diperbaiki menjelang perlawanan pembukaan mereka nanti.



Tanpa membuang masa, mereka segera membuat persediaan yang diperlukan setibanya mereka Bishek, ibu kota Tajikistan, Sabtu lalu.



Skuad kendalian Nishigaya akan bertemu pasukan tuan rumah Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omuzakov dalam pertarungan pembukaan kelayakan Piala Asia mereka malam ini.



Ia merupakan saingan pertama mereka dalam Kumpulan F, di mana mereka juga akan berdepan dengan cabaran dari Tajikistan pada 11 Jun dan Myanmar pada 14 Jun untuk merebut tempat ke kejohanan berprestij Asia itu tahun depan.



Saingan itu diadakan dalam format round-robin satu pusingan. Enam juara kumpulan dan lima pasukan naib juara terbaik akan mara ke pusingan akhir Piala Asia.



Pasukan bola sepak nasional memburu tempat ke Piala Asia buat julung-julung kali sejak edisi 1984 yang diadakan di Singapura apabila ia mendapat tempat di pusingan akhir secara automatik selaku pasukan tuan rumah.



Menyentuh tentang persiapan yang dilakukan bagi perlawanan malam ini, Nishigaya berkata:



"Kami telah mengingatkan pemain mengenai konsep menyerang dan bertahan kami; semalam kami memberi tumpuan kepada bagaimana Kyrgyzstan bermain dan kami akan memberi tumpuan kepada serangan.



"Kami tidak akan mengubah gaya permainan kami tetapi sudah tentu, kami perlu menyesuaikan diri dan membuat beberapa perubahan pada strategi kami apabila menentang mereka."



Dalam sidang media semalam, Nishigaya turut berkata beliau tidak bimbang tentang jurang kedudukan yang berbeza antara Singapura dan Kyrgyzstan.



"Tentunya Kyrgyzsyan adalah sebuah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti.



"Kami juga tahu mereka merupakan pasukan yang berada di ranking tertinggi dalam kumpulan kami, namun kami bersedia memberi mereka saingan yang sengit," ujar beliau.



Pasukan Kyrgyzstan yang juga dikenali dengan gelaran The White Falcons, menduduki 63 tangga di atas Singapura yang menduduki di tempat ke-158 dalam ranking dunia.



Ini juga bukanlah kali pertama kedua-dua pasukan bertembung.



Pada November tahun lalu, skuad Singa tewas 1-2 di tangan pasukan kendalian Aleksandr Krestinin dalam perlawanan yang diadakan di Dubai, yang juga merupakan kali ketiga kedua-dua pasukan itu bertemu.



Krestinin, jurulatih asal Russia, pernah membantu Kyrgyzstan melayakkan diri ke saingan Piala Asia buat kali pertama pada 2019 dan mereka menjadi pasukan pilihan untuk menguasai Kumpulan F.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >